ALi MazaT.....suara orang muda
Minda, akal, ilham, fikiran dan rasa....ikut hati mati, ikut nafsu binasa...tepuk dada tanya selera. Ada rahsia dalam rasa...tak dipecah ruyung takan dapat sagunya. Biduk lalu kiambang bertaut, melayu takan terus melukut...ikhlas budi memang terperi, akal dan hati menjadi saksi...
Sunday, November 20, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Antara Liwat & Benci BN...
Hari ini sentimen BENCI KERAJAAN BN dikalangan org melayu semakin ketara, ramai orang melayu sudah tidak melihat sejarah sebagai ukuran kepada penilaian... mereka memberi 'judgement' dengan apa yg berlaku di depan mata dari masa ke semasa...dan inilah perkara yang BERJAYA DICIPTA DAN DI PELOPOR OLEH ANWAR IBRAHIM sebagai usaha BALAS DENDAM terhadap pemecatan beliau sbg TPM, Timb Presiden UMNO dan TUDUHAN LIWAT yg dibuat oleh TUN M pada 1997.
Pemikiran rakyat sentiasa diGODAM oleh Anwar. Ramai rakyat yg terpengaruh dan terus - terusan menyalahkan kerajaan seolah - olah langsung tak ada yg betul dalam setiap dasar yg di laksanakan oleh kerajaan.
Kalaupun Anwar BERSALAH dgn tuduhan LIWAT....Adakah orang melayu yg menentang kerajaan akan kembali menyokong BN???? atau mereka akan terus membenci BN???
Daripada artikel2 dilaman sosial, blog dan e-mail 'berantai' nampak TIADA tanda2 yg golongan ini akan kembali menyokong BN, tengok sajalah bagaimana sambutan orang melayu semasa perhimpunan BERSIH, ditambah pula dengan 'sambal belacan', 'tempoyak' dan 'nasi tambah' dari kaum2 lain yg memang 'totok' bencikan kerajaan BN....maka bertambah sukarlah utk mengembalikan keyakinan kumpulan melayu yg menentang kerajaan ini untuk kembali menyokong BN.
Orang2 kanan Anwar dahulu, yang sekarang ini sudah insaf bukan hanya beri statement di TV dan suratkhabar...Mereka semua turut 'BERDOSA' kerana perpecahan melayu hari ini. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan keyakinan rakyat agar kembali kepada BN.
Ezam dan kuncu2 Anwar yg dah sedar dari tidur perlu bangkit membetulkan keadaan dan MENEBUS DOSA atas perpecahan bangsa melayu pada hari ini...
Tempoh 1997 - 2011 adalah jangkawaktu yg cukup lama, message2 kebencian terhadap kerajaan yg dicetus oleh Anwar dan kuncu2 nya telah tertanam di benak fikiran sebahagian orang melayu hari ini... bayangkanlah walaupun dengan PENDEDAHAN IDENTITI LELAKI Y, TAYANGAN VIDEO SEKS di Parlimen... masih ramai lagi melayu yg terus menyokong Anwar dan membenci kerajaan BN. Dahsyat nya kebencian yg ditunjukan oleh sebahagian melayu pembangkang terhadap kerajaan BN.
Isu 'cincin berlian' RM juga telah di 'SPIN' dengan cukup dahsyat di internet terutama 'e-mail2 berantai' dikalangan kaum cina. Isu 'cincin berlian' ini telah dijadikan asas untuk menghina, cerca, maki hamun, dan mempersendakan YAB PM dan kerajaan BN. Dan kebanyakan artikel2 ini juga telah merebak di kalangan golongan yg anti-kerajaan....kalau isu2 begini tidak dijawab dengan bijaksana dan diberi penerangan yg jelas maka prestasi kerajaan BN sekarang akan menjadi sgt sukar and it will become the disaster to BN !
Apa yg dapat dilihat hari ini, samada Anwar SAH MELIWAT atau Anwar PELAKON VIDEO SEKs itu bukan ukuran sokongan terhadap BN.!!!
Generasi 1997 yg bencikan kerajaan akan terus membenci kerajaan...ini terbukti dalam laman2 web, artikel di laman sosial dan e-mail2 berantai puak2 berkenaan...bangsa cina yg memang anti-kerajaan yg sentiasa 'menangguk di air keruh' hanya menanti peluang dan menjadi 'nasi tambah' dgn penulisan2 yg lebih dahsyat di internet.
Kerajaan BN perlu mengambil langkah berani kerana PRU 13 adalah pertempuran DO or DIE !!! Rasanya lebih elok kalau kerajaan sekarang mengambil pendekatan 'RETAIN' penyokong2 tegar dengan lebih agresif supaya kumpulan penyokong tegar ini dapat 'RASA' bahawa sokongan mereka yg tak berbelah bagi terhadap kerajaan dihargai dan di 'recognise' oleh kerajaan BN. Kerajaan tak perlu rasa malu atau berselindung untuk membantu UMNO dan Parti Kompnen lain ( yang kerja kuat ) kerana memang ahli UMNO dan Parti Komponen(yg kerja kuat) yg bertugas sebagai jentera pilihanraya sehingga BN menang majoriti di Parlimen dan membentuk kerajaan yg ada pada hari ini.
Pastinya kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak, lebih2 lagi kepada pihak yg suka berpura - pura, masalah besar adalah undi mereka adalah rahsia ! setelah kita serah segalanya belum tentu undi berpihak kepada kita.. berilah tumpuan kepada kumpulan yang sentiasa BERSETIA.. yg boleh berkorban DARAH dan NYAWA dan yg pasti akan terus mengundi untuk BN pd pilihanraya nanti.....Wallahua'lam
Tuesday, July 26, 2011
Tun M, Anwar Ibrahim & Demonstrasi Jalanan...
Namun begitu, sewaktu tempoh itu juga berbagai cabaran dan peristiwa besar yg berlaku yg memberi impak besar kepada orang melayu khususnya umno. Semuanya dapat ditangani dengan baik oleh Tun M dan barisan kepimpinan kerajaan pada ketika itu, kecuali isu ANWAR IBRAHIM. Isu ini yg bermula pd tahun 1997 telah menjadi barah@cancer yg berpanjangan sehingga hari ini.
1988 selepas pemilihan pucuk pimpinan umno yg begitu dahsyat ( sampai dewan 'blackout' ) antara Tun M dan Tengku Razaleigh, umno parti yg menjadi tunjang dan kepercayaan penuh orang-orang melayu telah diHARAMkan. Ramai orang melayu yang terlalu sensitif dan ber'sentimental' dgn perjuangan umno 1946 marah dan merajuk. Ada sebahagian yg menyertai parti Semangat 46 dan ada juga yg tidak mahu mengisi borang umno 'baru'. Mereka mengambil sikap 'atas pagar' dgn memerhati umno dari luar. Inilah bibit - bibit awal krisis keyakinan dlm umno sebagai parti tunjang orang melayu. Tetapi orang melayu hanya 'silent protest' dan tak ber'demo', kerana masa itu tiada kepala 'demo' macam Anwar.
Tetapi dengan kejayaan membangunkan negara secara pantas dan sangat progresif , Tun M 'berjaya' menambat semula hati orang melayu untuk kembali yakin kepada umno. Namun ketika dipuncak kejayaan negara pd tahun 1997, ketika kita bersiap sedia utk menganjurkan Sukan Komanwel, Tun M telah mengambil langkah berani yang cukup berisiko tinggi dengan memecat Anwar Ibrahim yg pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Gempar satu negara dan seluruh dunia, bukan sahaja kerana dipecat tetapi LIWAT !!!
Pertuduhan liwat bukan main2 ianya sgt jijik, selekeh dan mengaibkan. Yang dituduh pulak Anwar Ibrahim sedangkan ketika itu Anwar dilihat 'suci' dan bila berucap penuh dgn sulaman ayat AlQuran dan firman Tuhan. Dengan menggunakan teknik 'reverse phsychology' Anwar mempertahankan tuduhan tersebut bermati-matian. Hari-hari buat ceramah di rumah beliau menceritakan dahulu keburukan beliau kpd umum dan bila Tun M sebut sahaja kesalahan beliau, Anwar akan kata ini 'konspirasi'. Anwar memang cekap manipulasi isu dan ramai orang melayu terpengaruh. Pada ketika ini, sekali lagi orang melayu berhadapan dengan 'krisis keyakinan'. Tetapi 'provokasi' yg dimainkan oleh Anwar sungguh dahsyat sehingga beliau berjaya mempengaruhi orang melayu utk lebih radikal dan agresif dan keluar ke jalanraya utk ber'demonstrasi'. Ini lah detik peristiwa yang memulakan 'budaya demonstrasi jalanan' di negara kita.
Kegagalan pasukan penyiasat utk membuktikan tuduhan liwat yg dilemparkan kepada Anwar, menjadi barah kpd pemikiran org melayu. Pasukan pendakwaan hanya berjaya menghantar Anwar ke penjara atas tuduhan rasuah. Ramai orang - orang kampung, kanak-kanak sekolah dan golongan remaja yg masih mengatakan Anwar tidak meliwat. Pada ketika itu, saya masih ingat ramai pelajar2 sekolah yg membawa buku, risalah dan majalah tabloid yg membawa message 'reformasi'. Gambar2 tentang kes anwar telah memenuhi beg-beg sekolah para pelajar pada ketika itu.
Pada hari ini setelah 14 tahun, kumpulan pelajar dan golongan remaja pada tahun 1997,1998,1999,2000, 2001, 2002, 2003, 2004... adalah merupakan sebahagian besar dari rakyat Malaysia yg menghiasi negara kita. Mereka inilah yang menjadi technocrat, korporat, usahawan, doktor, lawyer, pekerja mahir, pekerja sambilan, golongan menengah, golongan miskin, petani, nelayan, pekerja kilang, pekerja ladang, guru dan sebagainya dan yang paling penting mereka inilah kumpulan pengundi yang akan mengundi bagi PRU 13. Bayangkan, kumpulan ini telah ditanam dengan bibit-bibit kebencian kepada kerajaan diwaktu kemuncak usia remaja beliau....jadi TIDAK HAIRAN lah kalau kita lihat begitu ramai orang melayu yg keluar dalam 'demonstrasi jalanan' seperti perhimpunan BERSIH pada 9hb Julai yang lalu. Mereka telah diajar budaya radikal dan agresif oleh Anwar dan ianya menjadi seperti macam 'pesta hujung tahun' yang sentiasa dinantikan.
Hari ini kepimpinan UMNO dari semua peringkat terpaksa berhadapan dengan masalah rakyat yg suka ber'demonstrasi' bagi mencapai matlamat dan tujuan. Masalah ini bukanlah masalah golongan muda bawah 40 tahun sahaja, kerana mereka yang terlibat adalah golongan usia dari 25 - 60 tahun, jika ditolak dengan 14 tahun, bermakna mereka adalah mereka yang berumur dari 11 - 46 tahun pada 1997. Inilah generasi Malaysia yang diwariskan kepada kita oleh Tun M dan Anwar Ibrahim untuk kita tangani mindset, hati dan perasaan mereka agar golongan ini mempunyai kesedaran tentang pentingnya penyatuan melayu, kuasa politik melayu, perlembagaan negara, agama islam dan negara Malaysia.
Memandangkan pada hari ini kedua - dua pemimpin tersebut masih ada lagi, memanglah diharapkan satu penyelesaian dapat dirungkaikan, jalan penyelesaian dapat dicari, agar Tun M boleh terus memainkan peranan utk menyakinkan semula orang - orang melayu untuk BERSATU demi kelangsungan kepentingan melayu untuk anak cucu cicit di masa hadapan.
Anwar Ibrahim cukuplah dengan segala pembohongan, bertaubat dan berhentilah dari memecahkan bangsa melayu, segalanya telah beliau kecapi....dapat jadi TPM, Ahli Parlimen, isteri beliau Wan Azizah dapat jadi Ahli Parlimen, Anak beliau dapat jadi Ahli Parlimen...... masuk penjara pun dah dapat, apa lagi yang Anwar Ibrahim mahukan di dunia ini. Cukuplah porak perandakan orang2 melayu, ramai lagi orang melayu dan rakyat jelata yg hidup susah, perlukan bantuan kerajaan, perlukan keamanan utk membina masa depan keluarga dan keturunan. Kalau dah tak boleh duduk di Malaysia, pergilah kemana - mana negara yang selamat dlm dunia ini, bawa bersama Wan Azizah dan anak2....cukuplah perpecahan melayu selama 14 tahun, bertempur sewaktu pilihanraya, bertempur dgn polis dijalanan, yg mana kebanyakan anggota polis juga adalah orang melayu yg pastinya tidak gemar dengan apa yg berlaku...sekian, Wallahua'alam.
Tuesday, May 6, 2008
Orang Muda Melayu & Kuasa Politik
- Dimanakah kedudukan melayu sekarang?
- Bagaimana melayu pada suatu ketika dahulu?
- Apakah kuasa politik melayu sudah tidak penting lagi sekarang?
- Bagaimana survival orang melayu di Singapura?
DIMANAKAH KEDUDUKAN MELAYU SEKARANG
Golongan muda melayu sekarang ini telah ramai yang berjaya dan mempunyai pendidikan serta pengetahuan dlm pelbagai bidang dan menjadi generrasi yg sgt beruntung dalam menikmati segala kemakmuran yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Orang muda melayu sudah pandai berniaga, menjadi pekerja mahir profesional & separuh Profesioanal, menjadi komponen penting di dalam pentadbiran awam dan juga swasta dan pelbagai lagi. Segalanya sudah terhidang di depan mata, org melayu boleh memilih apa juga bidang mengikut selera masing2 dengan hati yang terbuka, tepuk dada tanya selera . . . begitulah mudahnya org melayu yang tinggal di bumi Malaysia ini untuk membawa haluan mereka. Bagi yang ingin menjadi golongon profesional, mereka diberikan ruang belajar yang seluas - luasnya malah bukan setakat itu shj, berbagai bantuan juga diberikan kepada yang betul2 'excellent' termasuk menanggung 100% pembelajaran mereka bukan setakat dalam negara malah dihantar ke luar negara dengan tanggungan penuh kerajaan.
Ramai org muda melayu telah berjaya membina kerjaya, membina keluarga, membina perniagaan, baik kecil mahupun beniaga yang besar2 dan segala macam bidang yang cukup banyak telah dipenuhi dengan orang2 melayu di dalam negara kita ini. Tidak cukup dengan itu ada juga melayu telah berjaya mendapat pekerjaan yang hebat2 di luar negara, telah membuka perniagaan di luar negara dan mamac2 lagi yang dilakukan oleh org melayu yang mendapat pengiktirafan org2 luar negara termasuk dari negara2 maju.
Bagi golongan pertengahan mereka dihidangkan peluang2 pekerjaan yang sangat luas, berbagai institut, kolej, pusat2 latihan dibuka bagi menyediakan latihan & tunjuk ajar kpd golongan muda melayu sebelum merka melangkah ke alam pekerjaan. Hasil kemakmuran negara, pihak swasta juga dapat berniaga dengan baik dan syrkt mereka berkembang, lantas menawarkan banyak pelung2 pekerjaan kepada org2 muda melayu daripada sektor perladangan, perindustrian, perbankan, industri hartanah, pembinaan & kontraktor, perniagaan berskala besar & kecil, industri automotif, pendikdikan & latihan dan segalanya macam yang wujud di bumi Malaysia ini.
Manakala golongan yang tidak berapa cemerlang dalam bidang pelajaran semasa di bangku sekolah, mereka juga mendapat peluang yang begitu baik untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi keperluan bidang2 yang disebutkan di atas. Bagi yang minat berniaga mereka diberikan pelbagai kemudahan seperti pinjaman dan sebagainya. Bagi yang memiliki Lesen Kewangan & Kelas F mereka diberikan berbillion ringgit setahun oleh kerajaan untuk direbut dan peluang ini perlu di ingat tidak dipunyai oleh bangsa2 lain di bumi Malaysia ini. Tapak perniagaan pasar tani & pasar malam diwujudkan hampir disemua kawasan di seluruh negara yang rata- rata dipenuhi oleh peniaga2 melayu. Industri kecil & sederhana bg produk2 kampung di pantau dengan baik & pemasaran produknya juga dibantu. Industri pertanian seperti bantuan benih, kambing, lembu pun juga ada bantuan subsidi untuk org melayu yang mengusahakannya. Bermcm2 lagi kemudahan yang diberikan kepada org melyu yang menginginkanya... asal ada keinginan semuanya boleh diusahakan, dan pasti ada jalan. Persoalannya berapa ramai org melayu yang segigih kaum cina, rajin berusaha & bertekad untuk berjaya ???.... Kerajaan dah sediakan segalanya cuma kita kurang berusaha.
Begitulah secara ringkas mudahnya org melayu yang tinggal di dalam negara Malaysia ini. Namun . . . akibat daripada polar kependudukan org melayu sekarang dimana sebahagian melayu tinggal di bandar dan sebahagian lagi tinggal di kawasan2 'sub-urban' atau luar bandar maka org melayu mempunyai kehendak & citarasa yang berbeza. Citarasa orang melayu yang tinggal di bandar tentu sekali berbeza dengan mereka yang tinggal di kampung. Orang melayu yang tinggal di bandar lebih banyak memikirkan tentang KEHENDAK mereka bagi memenuhi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan mereka seharian. Tetapi orang melayu di kampung lebih tertumpu kepada KEPERLUAN yang penting2 sahaja dalam kehidupan seharian mereka. Ini hakikat yang berlaku sekarang dan tak perlu dipersoalkan lagi. Kalau nak dikira KEPERLUAN pastinya sudah cukup..... tetapi oleh kerana desakan persekitaran @ 'trend' semasa yang ada di bandar yang sering menampakan orang melayu yang tinggal di bandar seolah - olah berada dalam keadaan yang terhimpit kerana cuba bersaing dengan segala macam 'trend' orang bandar yang serba baru & canggih & beranekaragam serta penuh dengan berbagai tarikan & tawaran.
Akibat daripada 'rasa' terhimpit itu maka orang melayu mula menyuarakan 'protes' mereka. Mereka mula merasakan kesukaran untuk menyaingi & mengimbangi segala macam 'trend' itu tadi sebagai tanda aras kepayahan hidup mereka...Walhal, KEPERLUAN bagi kehidupan sempurna golongan melayu ini adalah mencukupi. Disamping itu, oleh kerana kemajuan negara yang pesat & dasar pembangunan yang banyak membantu kaum melayu telah melahirkan ramai usahawan & jutawan melayu yang berjaya khususnya di kawasan bandar. Maka, telah memperlihatkan dua golongan melayu yang sedikit ada jurang diantara kumpulan melayu yg berjaya dalam dunia koperat @ perniagaan berbanding kumpulan melayu pertengahan dan yg berpendapatan rendah yg tinggal di bandar. Justeru, timbul pula rasa tidak senang & irihati dan kadang2 timbul rasa meluat di antara 2 kumpulan melayu ini.