Tuesday, August 9, 2011

Antara Liwat & Benci BN...

Kes liwat DSAI dah nak sampai penghujung. Ramai orang2 kanan yg dulunya menyokong kuat Anwar nak tampil bagi keterangan..Bekas SUPOL, Bekas Pegawai Khas, Bekas pembantu peribadi, Bekas itu dan bekas ini kepada Anwar semuanya nak tampil bagi keterangan, soalnya KENAPA BARU SEKARANG???  Dah duduk jadi Senator baru nak bagi keterangan...errmmmmm ??? kenapa selepas terlalu banyak kerosakan, setelah pemikiran orang melayu dipesongkan baru nak bantu bg keterangan????

Hari ini sentimen BENCI KERAJAAN BN dikalangan org melayu semakin ketara, ramai orang melayu sudah tidak melihat sejarah sebagai ukuran kepada penilaian... mereka memberi 'judgement' dengan apa yg berlaku di depan mata dari masa ke semasa...dan inilah perkara yang BERJAYA DICIPTA DAN DI PELOPOR OLEH ANWAR IBRAHIM sebagai usaha BALAS DENDAM terhadap pemecatan beliau sbg TPM, Timb Presiden UMNO dan TUDUHAN LIWAT yg dibuat oleh TUN M pada 1997.

Pemikiran rakyat sentiasa diGODAM oleh Anwar. Ramai rakyat yg terpengaruh dan terus - terusan menyalahkan kerajaan seolah - olah langsung tak ada yg betul dalam setiap dasar yg di laksanakan oleh kerajaan.

Kalaupun Anwar BERSALAH dgn tuduhan LIWAT....Adakah orang melayu yg menentang kerajaan akan kembali menyokong BN???? atau mereka akan terus membenci BN???

Daripada artikel2 dilaman sosial, blog dan e-mail 'berantai' nampak TIADA tanda2 yg golongan ini akan kembali menyokong BN, tengok sajalah bagaimana sambutan orang melayu semasa perhimpunan BERSIH, ditambah pula dengan 'sambal belacan', 'tempoyak' dan 'nasi tambah' dari kaum2 lain yg memang 'totok' bencikan kerajaan BN....maka bertambah sukarlah utk mengembalikan keyakinan kumpulan melayu yg menentang kerajaan ini untuk kembali menyokong BN.

Orang2 kanan Anwar dahulu, yang sekarang ini sudah insaf bukan hanya beri statement di TV dan suratkhabar...Mereka semua turut 'BERDOSA' kerana perpecahan melayu hari ini. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan keyakinan rakyat agar kembali kepada BN.

Ezam dan kuncu2 Anwar yg dah sedar dari tidur perlu bangkit membetulkan keadaan dan MENEBUS DOSA atas perpecahan bangsa melayu pada hari ini...

Tempoh 1997 - 2011 adalah jangkawaktu yg cukup lama, message2 kebencian terhadap kerajaan yg dicetus oleh Anwar dan kuncu2 nya telah tertanam di benak fikiran sebahagian orang melayu hari ini... bayangkanlah walaupun dengan PENDEDAHAN IDENTITI LELAKI Y, TAYANGAN VIDEO SEKS di Parlimen... masih ramai lagi melayu yg terus menyokong Anwar dan membenci kerajaan BN. Dahsyat nya kebencian yg ditunjukan oleh sebahagian melayu pembangkang terhadap kerajaan BN.

Isu 'cincin berlian' RM juga telah di 'SPIN' dengan cukup dahsyat di internet terutama 'e-mail2 berantai' dikalangan kaum cina. Isu 'cincin berlian' ini telah dijadikan asas untuk menghina, cerca, maki hamun, dan mempersendakan YAB PM dan kerajaan BN. Dan kebanyakan artikel2 ini juga telah merebak di kalangan golongan yg anti-kerajaan....kalau isu2 begini tidak dijawab dengan bijaksana dan diberi penerangan yg jelas maka prestasi kerajaan BN sekarang akan menjadi sgt sukar and it will become the disaster to BN !

Apa yg dapat dilihat hari ini, samada Anwar SAH MELIWAT atau Anwar PELAKON VIDEO SEKs itu bukan ukuran sokongan terhadap BN.!!!

Generasi 1997 yg bencikan kerajaan akan terus membenci kerajaan...ini terbukti dalam laman2 web, artikel di laman sosial dan e-mail2 berantai puak2 berkenaan...bangsa cina yg memang anti-kerajaan yg sentiasa 'menangguk di air keruh' hanya menanti peluang dan menjadi 'nasi tambah' dgn penulisan2 yg lebih dahsyat di internet.

Kerajaan BN perlu mengambil langkah berani kerana PRU 13 adalah pertempuran DO or DIE !!! Rasanya lebih elok kalau kerajaan sekarang mengambil pendekatan 'RETAIN' penyokong2 tegar dengan lebih agresif supaya kumpulan penyokong tegar ini dapat 'RASA' bahawa sokongan mereka yg tak berbelah bagi terhadap kerajaan dihargai dan di 'recognise' oleh kerajaan BN. Kerajaan tak perlu rasa malu atau berselindung untuk membantu UMNO dan Parti Kompnen lain ( yang kerja kuat ) kerana memang ahli UMNO dan Parti Komponen(yg kerja kuat) yg bertugas sebagai jentera pilihanraya sehingga BN menang majoriti di Parlimen dan membentuk kerajaan yg ada pada hari ini.

Pastinya kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak, lebih2 lagi kepada pihak yg suka berpura - pura, masalah besar adalah undi mereka adalah rahsia ! setelah kita serah segalanya belum tentu undi berpihak kepada kita.. berilah tumpuan kepada kumpulan yang sentiasa BERSETIA.. yg boleh berkorban DARAH dan NYAWA dan yg pasti akan terus mengundi untuk BN pd pilihanraya nanti.....Wallahua'lam