Tuesday, July 26, 2011

Tun M, Anwar Ibrahim & Demonstrasi Jalanan...

Tun M..seorang negarawan ulung yang tiada tandinganya. Generasi Malaysia yg mula kenal ABC  seawal tahun 80an pastinya tidak dapat membandingkan kehebatan Tun M dgn sesiapa juga. Terlalu banyak jasa dan kehebatan kepimpinan Tun M sehingga membawa kepada pembangunan pesat negara yang menjadikan negara begitu maju sepertimana yg dapat kita lihat pada hari ini. Sebagai rakyat Malaysia kita sangat terhutang budi dgn segala jasa-jasa beliau.

Namun begitu, sewaktu tempoh itu juga berbagai cabaran dan  peristiwa besar yg berlaku yg memberi impak besar kepada orang melayu khususnya umno. Semuanya dapat ditangani dengan baik oleh Tun M dan barisan kepimpinan kerajaan pada ketika itu, kecuali isu ANWAR IBRAHIM. Isu ini yg bermula pd tahun 1997 telah menjadi barah@cancer yg berpanjangan sehingga hari ini.

1988 selepas pemilihan pucuk pimpinan umno yg begitu dahsyat ( sampai dewan 'blackout' ) antara Tun M dan Tengku Razaleigh, umno parti yg menjadi tunjang dan kepercayaan penuh orang-orang melayu telah diHARAMkan. Ramai orang melayu yang terlalu sensitif dan ber'sentimental' dgn perjuangan umno 1946 marah dan merajuk. Ada sebahagian yg menyertai parti Semangat 46 dan ada juga yg tidak mahu mengisi borang umno 'baru'. Mereka mengambil sikap 'atas pagar' dgn memerhati umno dari luar. Inilah bibit - bibit awal krisis keyakinan dlm umno sebagai parti tunjang orang melayu. Tetapi orang melayu hanya 'silent protest' dan tak ber'demo', kerana masa itu tiada kepala 'demo' macam Anwar.

Tetapi dengan kejayaan membangunkan negara secara pantas dan sangat progresif , Tun M 'berjaya' menambat semula hati orang melayu untuk kembali yakin kepada umno. Namun ketika dipuncak kejayaan negara pd tahun 1997, ketika kita bersiap sedia utk menganjurkan Sukan Komanwel, Tun M telah mengambil langkah berani yang cukup berisiko tinggi dengan memecat Anwar Ibrahim yg pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Gempar satu negara dan seluruh dunia, bukan sahaja kerana dipecat tetapi LIWAT !!!

Pertuduhan liwat bukan main2 ianya sgt jijik, selekeh dan mengaibkan. Yang dituduh pulak Anwar Ibrahim sedangkan ketika itu Anwar dilihat 'suci' dan bila berucap penuh dgn sulaman ayat AlQuran dan firman Tuhan. Dengan menggunakan teknik 'reverse phsychology' Anwar mempertahankan tuduhan tersebut bermati-matian. Hari-hari buat ceramah di rumah beliau menceritakan dahulu keburukan beliau kpd umum dan bila Tun M sebut sahaja kesalahan beliau, Anwar akan kata ini 'konspirasi'. Anwar memang cekap manipulasi isu dan ramai orang melayu terpengaruh. Pada ketika ini, sekali lagi orang melayu berhadapan dengan 'krisis keyakinan'. Tetapi 'provokasi' yg dimainkan oleh Anwar sungguh dahsyat sehingga beliau berjaya mempengaruhi orang melayu utk lebih radikal dan agresif dan keluar ke jalanraya utk ber'demonstrasi'. Ini lah detik peristiwa yang memulakan 'budaya demonstrasi jalanan' di negara kita.

Kegagalan pasukan penyiasat utk membuktikan tuduhan liwat yg dilemparkan kepada Anwar, menjadi barah kpd pemikiran org melayu. Pasukan pendakwaan hanya berjaya menghantar Anwar ke penjara atas tuduhan rasuah. Ramai orang - orang kampung, kanak-kanak sekolah dan golongan remaja yg masih mengatakan Anwar tidak meliwat. Pada ketika itu, saya masih ingat ramai pelajar2 sekolah yg membawa buku, risalah dan majalah tabloid yg membawa message 'reformasi'. Gambar2 tentang kes anwar telah memenuhi beg-beg sekolah para pelajar pada ketika itu.

Pada hari ini setelah 14 tahun, kumpulan pelajar dan golongan remaja pada tahun 1997,1998,1999,2000, 2001, 2002, 2003, 2004... adalah merupakan sebahagian besar dari rakyat Malaysia yg menghiasi negara kita. Mereka inilah yang menjadi technocrat, korporat, usahawan, doktor, lawyer, pekerja mahir, pekerja sambilan, golongan menengah, golongan miskin, petani, nelayan, pekerja kilang, pekerja ladang, guru dan sebagainya dan yang paling penting mereka inilah kumpulan pengundi yang akan mengundi bagi PRU 13. Bayangkan, kumpulan ini telah ditanam dengan bibit-bibit kebencian kepada kerajaan diwaktu kemuncak usia remaja beliau....jadi TIDAK HAIRAN lah kalau kita lihat begitu ramai orang melayu yg keluar dalam 'demonstrasi jalanan'  seperti perhimpunan BERSIH pada 9hb Julai yang lalu. Mereka telah diajar budaya radikal dan agresif oleh Anwar dan ianya menjadi seperti macam 'pesta hujung tahun' yang sentiasa dinantikan.

Hari ini kepimpinan UMNO dari semua peringkat terpaksa berhadapan dengan masalah rakyat yg suka ber'demonstrasi' bagi mencapai matlamat dan tujuan. Masalah ini bukanlah masalah golongan muda bawah 40 tahun sahaja, kerana mereka yang terlibat adalah golongan usia dari 25 - 60 tahun, jika ditolak dengan 14 tahun, bermakna mereka adalah mereka yang berumur dari 11 - 46 tahun pada 1997. Inilah generasi Malaysia yang diwariskan kepada kita oleh Tun M dan Anwar Ibrahim untuk kita tangani mindset, hati dan perasaan mereka agar golongan ini mempunyai kesedaran tentang pentingnya penyatuan melayu, kuasa politik melayu, perlembagaan negara, agama islam dan negara Malaysia.

Memandangkan pada hari ini kedua - dua pemimpin tersebut masih ada lagi, memanglah diharapkan satu penyelesaian dapat dirungkaikan, jalan penyelesaian dapat dicari, agar Tun M boleh terus memainkan peranan utk menyakinkan semula orang - orang melayu untuk BERSATU demi kelangsungan kepentingan melayu untuk anak cucu cicit di masa hadapan.

Anwar Ibrahim cukuplah dengan segala pembohongan, bertaubat dan berhentilah dari memecahkan bangsa melayu, segalanya telah beliau kecapi....dapat jadi TPM, Ahli Parlimen, isteri beliau Wan Azizah dapat jadi Ahli Parlimen, Anak beliau dapat jadi Ahli Parlimen...... masuk penjara pun dah dapat, apa lagi yang Anwar Ibrahim mahukan di dunia ini. Cukuplah porak perandakan orang2 melayu, ramai lagi orang melayu dan rakyat jelata yg hidup susah, perlukan bantuan kerajaan, perlukan keamanan utk membina masa depan keluarga dan keturunan. Kalau dah tak boleh duduk di Malaysia, pergilah kemana - mana negara yang selamat dlm dunia ini, bawa bersama Wan Azizah dan anak2....cukuplah perpecahan melayu selama 14 tahun, bertempur sewaktu pilihanraya, bertempur dgn polis dijalanan, yg mana kebanyakan anggota polis juga adalah orang melayu yg pastinya tidak gemar dengan apa yg berlaku...sekian, Wallahua'alam.