Tuesday, May 6, 2008

Orang Muda Melayu & Kuasa Politik

  • Dimanakah kedudukan melayu sekarang?
  • Bagaimana melayu pada suatu ketika dahulu?
  • Apakah kuasa politik melayu sudah tidak penting lagi sekarang?
  • Bagaimana survival orang melayu di Singapura?

DIMANAKAH KEDUDUKAN MELAYU SEKARANG

Golongan muda melayu sekarang ini telah ramai yang berjaya dan mempunyai pendidikan serta pengetahuan dlm pelbagai bidang dan menjadi generrasi yg sgt beruntung dalam menikmati segala kemakmuran yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Orang muda melayu sudah pandai berniaga, menjadi pekerja mahir profesional & separuh Profesioanal, menjadi komponen penting di dalam pentadbiran awam dan juga swasta dan pelbagai lagi. Segalanya sudah terhidang di depan mata, org melayu boleh memilih apa juga bidang mengikut selera masing2 dengan hati yang terbuka, tepuk dada tanya selera . . . begitulah mudahnya org melayu yang tinggal di bumi Malaysia ini untuk membawa haluan mereka. Bagi yang ingin menjadi golongon profesional, mereka diberikan ruang belajar yang seluas - luasnya malah bukan setakat itu shj, berbagai bantuan juga diberikan kepada yang betul2 'excellent' termasuk menanggung 100% pembelajaran mereka bukan setakat dalam negara malah dihantar ke luar negara dengan tanggungan penuh kerajaan.

Ramai org muda melayu telah berjaya membina kerjaya, membina keluarga, membina perniagaan, baik kecil mahupun beniaga yang besar2 dan segala macam bidang yang cukup banyak telah dipenuhi dengan orang2 melayu di dalam negara kita ini. Tidak cukup dengan itu ada juga melayu telah berjaya mendapat pekerjaan yang hebat2 di luar negara, telah membuka perniagaan di luar negara dan mamac2 lagi yang dilakukan oleh org melayu yang mendapat pengiktirafan org2 luar negara termasuk dari negara2 maju.

Bagi golongan pertengahan mereka dihidangkan peluang2 pekerjaan yang sangat luas, berbagai institut, kolej, pusat2 latihan dibuka bagi menyediakan latihan & tunjuk ajar kpd golongan muda melayu sebelum merka melangkah ke alam pekerjaan. Hasil kemakmuran negara, pihak swasta juga dapat berniaga dengan baik dan syrkt mereka berkembang, lantas menawarkan banyak pelung2 pekerjaan kepada org2 muda melayu daripada sektor perladangan, perindustrian, perbankan, industri hartanah, pembinaan & kontraktor, perniagaan berskala besar & kecil, industri automotif, pendikdikan & latihan dan segalanya macam yang wujud di bumi Malaysia ini.

Manakala golongan yang tidak berapa cemerlang dalam bidang pelajaran semasa di bangku sekolah, mereka juga mendapat peluang yang begitu baik untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi keperluan bidang2 yang disebutkan di atas. Bagi yang minat berniaga mereka diberikan pelbagai kemudahan seperti pinjaman dan sebagainya. Bagi yang memiliki Lesen Kewangan & Kelas F mereka diberikan berbillion ringgit setahun oleh kerajaan untuk direbut dan peluang ini perlu di ingat tidak dipunyai oleh bangsa2 lain di bumi Malaysia ini. Tapak perniagaan pasar tani & pasar malam diwujudkan hampir disemua kawasan di seluruh negara yang rata- rata dipenuhi oleh peniaga2 melayu. Industri kecil & sederhana bg produk2 kampung di pantau dengan baik & pemasaran produknya juga dibantu. Industri pertanian seperti bantuan benih, kambing, lembu pun juga ada bantuan subsidi untuk org melayu yang mengusahakannya. Bermcm2 lagi kemudahan yang diberikan kepada org melyu yang menginginkanya... asal ada keinginan semuanya boleh diusahakan, dan pasti ada jalan. Persoalannya berapa ramai org melayu yang segigih kaum cina, rajin berusaha & bertekad untuk berjaya ???.... Kerajaan dah sediakan segalanya cuma kita kurang berusaha.

Begitulah secara ringkas mudahnya org melayu yang tinggal di dalam negara Malaysia ini. Namun . . . akibat daripada polar kependudukan org melayu sekarang dimana sebahagian melayu tinggal di bandar dan sebahagian lagi tinggal di kawasan2 'sub-urban' atau luar bandar maka org melayu mempunyai kehendak & citarasa yang berbeza. Citarasa orang melayu yang tinggal di bandar tentu sekali berbeza dengan mereka yang tinggal di kampung. Orang melayu yang tinggal di bandar lebih banyak memikirkan tentang KEHENDAK mereka bagi memenuhi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan mereka seharian. Tetapi orang melayu di kampung lebih tertumpu kepada KEPERLUAN yang penting2 sahaja dalam kehidupan seharian mereka. Ini hakikat yang berlaku sekarang dan tak perlu dipersoalkan lagi. Kalau nak dikira KEPERLUAN pastinya sudah cukup..... tetapi oleh kerana desakan persekitaran @ 'trend' semasa yang ada di bandar yang sering menampakan orang melayu yang tinggal di bandar seolah - olah berada dalam keadaan yang terhimpit kerana cuba bersaing dengan segala macam 'trend' orang bandar yang serba baru & canggih & beranekaragam serta penuh dengan berbagai tarikan & tawaran.

Akibat daripada 'rasa' terhimpit itu maka orang melayu mula menyuarakan 'protes' mereka. Mereka mula merasakan kesukaran untuk menyaingi & mengimbangi segala macam 'trend' itu tadi sebagai tanda aras kepayahan hidup mereka...Walhal, KEPERLUAN bagi kehidupan sempurna golongan melayu ini adalah mencukupi. Disamping itu, oleh kerana kemajuan negara yang pesat & dasar pembangunan yang banyak membantu kaum melayu telah melahirkan ramai usahawan & jutawan melayu yang berjaya khususnya di kawasan bandar. Maka, telah memperlihatkan dua golongan melayu yang sedikit ada jurang diantara kumpulan melayu yg berjaya dalam dunia koperat @ perniagaan berbanding kumpulan melayu pertengahan dan yg berpendapatan rendah yg tinggal di bandar. Justeru, timbul pula rasa tidak senang & irihati dan kadang2 timbul rasa meluat di antara 2 kumpulan melayu ini.